Assalammualaikum peminat cerita seram sekalian . Dah lama gila tak
update story guys. Adalah dalam setahun lebih and dalam jangka masa setahun tu
macam macam jugak yang jadi pada aku. Memandangkan aku dah habis SPM and tak
tahu nak buat apa dekat rumah , aku akan update cerita cerita seram aku dengan
lebih kerap . Insyallah .
Sebagai permulaan tahun baru , aku akan
mulakan dengan kisah mengenai gangguan dalam rumah . Aku rasa semua orang
pernah terfikir kejadian kejadian yang menyeramkan akan berlaku di rumah
especially bila duduk rumah sorang sorang . Orang kata , setiap rumah ada jin
dan penunggunya sendiri . Betul kah ? Entahlah . HEEEEEEEEEE Kisahnya bermula
begini...
Malam tu , Ibu Ayah tak ada dekat rumah sebab
mengikuti kursus perniagaan diaorg. So tinggallah aku dan adik beradik aku yang
lain . Nak dijadikan cerita , adik aku yang bongsu ikut my parent , adik yang
kedua dan ketiga pergi ke rumah opah . aku ni, jenis orang lebih selesa duduk
rumah sendiri even aku kena tinggal sorang sorang dalam rumah . Lepas dah mandi
and solat , aku pun lepak dekat ruang tamu untuk tengok tv . Memandangkan Astro
dah tak da cerita best , aku pun tutup tv and main hp .
Untuk pengetahuan korang , rumah aku , line 4G
hanya dapat dikesan dan ditemui dekat luar . Maksd aku dekat beranda luar . Nak
taknak, aku kena lah keluar untuk cari line . Semasa aku tengah nak bukak pintu
tu , aku dah mula rasa tak sedap hati dan bulu roma memang dah meremang time tu
. dahlah tak ada orang dekat rumah . malang betul nasib . huuu . nak sedapkan
hati , aku pun baca ayat kursi and bukak pintu. tiba tiba , angin yang kuat tak
tahu datang dari mana menepa ke arah aku . aku terus terkedu and terkaku macam
patung. Confirm ada yg tak kena.
Aku tutup pintu balik. Aku bukak tv untuk memecahkan
kesunyian malam tu . Mata aku meliar di setiap sudut rumah. Aku kalau dah tak
sedap hati , aku akan cari punca nya . Aku beranikan diri untuk masuk kedalam
bilik ibu dan ayah . TIBA TIBA , bunyi guli bergolek yang sangat kuat kedengaran
pada syiling bilik ibu ayah . Berdasarkan pendengaran aku , Guli tu bergolek
dari arah kanan ke arah kiri . Mata aku mengikuti bunyi guli tu . Dekat 10min
jugak guli tu bergolek and akhirnya berhenti . Korang faham tak perasaan aku
pada waktu tu , aku rasa macam nak pengsan. Itu baru sikit guys . Aku keluar
dari bilik and terus duduk dekat sofa di ruang tamu . Aku dail nombor adik aku
. Aku suruh dia balik awal dengan alasan aku bosan sorang sorang dekat rumah .
Taknak lah nampak penakut kan as Kak Long .
Mata aku terus terarah pada bilik tidur aku .
Perasan aku macam ada orang intai dari balik pintu bilik. Aku renung pintu
bilik dengan hati yang dah tak tenang langsung. Dok intai intai pintu bilik ,
tiba tiba saluran tv bertukar . Yang lagi seram, cerita yang baru
terpapar dekat skrin tv tu adalah cerita hantu . Kalau tak silap aku ,
cerita korban penunggu hospital . haa yang ada andi bernadee tu .Sumpah
wey , time tu rasa nak nangis wey . Aku cari remote control untuk tukar siaran
.
"Eh . tadi aku letak dekat atas sofa. Ya
Allah . mana lah pulak ni . Subhanallah. Astaghfiruallah" Kataku
dengan nada yang kuat .
Puas aku cari , tiba tiba tergerak hati nak cari dalam bilik
tidur aku . Aku dah lah baru nampak 'dia' dalam tu . sekarng nak pergi
cari dalam bilik tu pulak. kalau aku tak pergi , takkan nak hadap cerita hantu
ni pulak . Teringat yang aku masih ada wudhuk, aku capai Al Quran bersaiz kecil
di rak depan dan membawanya bersama aku . sambil peluk Al Quran , mulut
aku tak henti henti baca ayat kursi Sampai dekt depan pintu bilik , aku rasa
macam ada benda bawah katil . macam yang korang tau , katil aku double decker ,
bawah katil aku tu cuma ada satu plastik hitam yang berisi baju baju lama aku .
aku tenung betul betul . aku terkedu . aku nampak dia . jelas . mata yang
merah. rambut hitam yang lebat . senyuman yang menyeramakn. kedudukan dia
meniarap sambil mata terarah tepat ke mata aku . Aku terus terkedu terkaku .

memang jadi ais dekt situ . lepas dah sedar , aku terus berlari menuju ke pintu
untuk keluar . better aku duduk dekat tengah jalan daripada dalam rumah yang
ada hantu .
Dok beria berlari , tiba tiba , rambut aku kena tarik . kuat
sangat . aku rasa macam nak terkopek kulit kepala aku .
" Nak pergi mana .Sinilah .Teman saya."
"Allahu la ilaha
illa Huwa, Al-Haiyul-Qaiyum . La ta'khuzhuhu sinatun wa la nawm,.."
Ayat kursi aku baca dengan kuat sambil menahan sakit pada kulit kepala.
nak tau apa yang dia buat ? tekan link ni.
Haaa lebih kurang macam tu lah dia ni mengilai . Cuma part yang tak tidur lagi tu tak ada lah . dia just mengilai . itu pun dah buat aku pengsan . serius lepas je aku dengar dia mengilai , pandangan aku jadi gelap tapi sempat pegang kepala .
"DARAH"
Aku tersedar daripada pengsan pukul 3 pagi . Aku dapati aku sudah berasda dibilik tidur . teringat apa yang terjadi , aku terus bangun dan keluar daripada bilik . Aku menuju ke ruang tamu . Ibu ayah dan adik beradik lain sedang tidur lena . tiba tiba aku terbau bau busuk sangat . aku tutup mata serapat rapatnya dengan keadaan aku masih berdiri . aku rasa kepala aku yang masih ada darah tu dijilat . lidah nya terasa kasar .
"ARGHHHHH"
No comments:
Post a Comment