Assalammualaikum dan salam seram untuk semua penggemar cerita mistik. Rasanya macam dah lama sangat sangat saya tak share kepada semua tentang pengalaman seram yang saya alami. Kalau tak silap, terakhir kali ialah pada 2021. hahaha sangat lama dan waktu tu saya masih seorang pelajar di salah satu kolej swasta di Johor Bahru. Kini usia saya sudah pun 23 tahun dan sudah bekerja sebagai account assistant di salah sebuah resort di Desaru.
Baiklah, cerita yang saya akan share pada kali ini ialah tentang pengalaman saya diganggu selama saya bekerja di resort. Basically gangguan yang menurut saya kecil tapi berpanjangan. Ketika kejadian ini berlaku, saya bekerja seperti biasa sampai lah saya rasa nak terbuang air kecil. Sudah menjadi kebiasaan untuk saya membawa telefon bimbit sekali setiap kali nak ke tandas. Jadi saya pun menunaikan hajat saya sambil scroll Tiktok. Sedang saya scroll tiktok, video yang terpapar di aplikasi tersebut mengeluarkan latar lagu sedih tapi ianya bukan lah satu video seram atau yang pelik pelik. Hanyalah satu video sedih yang saya pun tak ingat tentang apa. Selepas video tu sudah habis saya tonton , saya pun scroll down ke video lain. Tapi yang peliknya bila saya scroll video tu kebawah dan sudah terpapar video yang lain, bunyi lagu video sebelumnya masih kedengaran tapi kali ini secara humming. Ada orang humming kepada lagu tersebut. Saya cuba untuk berfikiran positif, mungkin ada gangguan teknikal pada aplikasi tersebut. Saya pun keluar daripada aplikasi tersebut dan buang recent application. TAPI! bunyi humming itu masih kedengaran. Saya pun apa lagi,cepat cepat pakai seluar dan keluar terus dari tandas.
Begitulah pengalaman saya yang pertama
Cerita yang selanjutnya yang ingin saya kongsikan bukan lah pengalaman saya tapi ada kaitan dengan saya.