Monday 21 June 2021

PENUNGGU KOLEJ DI JOHOR BAHRU

   




 Asslammualaikum semua , peminat kisah mistik & seram. Setelah bertahun lamanya aku tak update cerita woi and sebernarnya dah lupa dah dekat blog kisah seram aku ni. last aku update cerita 2018 kalau tak silap. Entah kenapa ntah hari ni aku rasa macam nak activekan balik blog ni macam dulu. Sekarang, gaya penceritaan aku lebih santuy and lebih matang . kot..

    Aku sebenarnya banyak gila cerita seram yang nak kongsi dengan korang selama aku menghilangkan diri hampir 3 tahun ni. Tapi aku nak start dengan cerita yang paling aku rasa relate dengan korang yang baru nak masuk alam universiti or ipt. Korang dah ready belum tu ? hehe!


So nak dijadikan cerita tahun 2019 kalau tak silap bulan 9 , aku diterima di sebuah kolej swasta di area Johor Bahru yang tak payah lah aku share namanya and aku pun melanjutkan pelajaran dalam bidang perakaunan. So basically, kolej aku ni jauh gila daripada bandar and sekeliling memang hutan belantara lah kan. Waktu first first masuk tu memang dah di'sambut' sebenarnya tapi bagi aku benda tu biasa je sebb yelah dah lah tengah tengah hutan , jauh dari bandar lepastu jalan raya lenggang. kau expect apa en. pastu aku pun daftar lah masuk dorm and jumpa roomate satu bilik 10 orang chok. sempit tak sempit.

So minggu awal masuk tu macam biasa takde lah penampakkan ke apa cuma kena kacau sikit sikit jelah. Masuk minggu pertengahan bulan tu, dah mula gangguan pelik pelik. aku dengan roomates aku dah start dengar bunyi locker kena ketuk tiap malam time kitaorg ni semua tidur. and locker yg kena ketuk tu , locker depan katil aku.Kitaorang macam decide untuk buat bodoh je kang kalau layan kang , makin menjadi jadi pulak.

Lepastu beberapa hari selepas kejadian tu , kitaorang balik rumah lah sebab weekend. Hari sabtu petang tu aku gerak balik ke kolej , sampai kat kolej around 730 malam. maghrib lah kan time tu. aku naik bilik and aku nampak member aku keq dah sampai and tengah tidur. Aku pun start kemas barang barang aku and arrange locker dengan baju yang dah siap basuh , lepastu katil aku ni dekat dengan tingkap. oh lupa nak cakap, bilik aku aras 1 . bawah ada lobby. tengah syok kemas barang, tiba tiba aku nampak kelibat putih macam stay je dekat tingkap. Aku punya tahap suuzon wey , aku ingatkan budak budak kolej baru balik dari cafe lepak dekat situ. Aku pun buat bodoh sampai aku tersedar aku ni aras 1. Takkan badan budak tu tinggi sangat sampai boleh berdiri sebelah tingkap aku. Aku pun apa lagi aku terus keluar dari bilik pergi bilik member aku . memang aku tinggal je keq time tu .hahahaha


Ha ni main event ni . Ada satu malam tu around pukul 10 macam tu , tiba tiba one of our warden , menjerit suruh semua penghuni blok tu untuk masuk bilik masing masing. lepastu dah strt dengar diaorang pasang ayat al quran guna speaker dekat surau bawah blok aku . Aku dah tak sedap hati dah. kitaorang pun masuk lah bilik sambil mulut kumat kamit baca ayat yg terlintas kat otak. aku pulak sambil baca tu sambil main phone sbb aku nak alihkan perhatian daripada fikir yang bukan bukan .  Tiba tiba . kitaorang terdengar suara perempuan menjerit. mula mula sorang je lepastu berjangkit sampai 4 5 orang. Aku dengan roomates aku dah start kecut perut. masing masing duduk rapat rapat. Tengah dalam keadaan panik tu , tiba tiba zzzzzup ! 


Mata aku cam freeze dekat sebelah locker depan katil aku. Korang tau apa aku nampak. Seorang perempuan rambut panjang, duduk peluk tubuh dengan mata merah menyala yang tengah tengok aku waktu tu. jantung aku terus tak rilek , badan berpeluh , badan rasa lemas macam nak pengsan. Lepas dah tersedar tu , aku terus call ayah aku bagitahu apa yg jadi. Ayah aku sempat buat lawak . dia suruh aku bukak kpop untuk alihkan perhatian aku daripada terlalu fikirkan apa yg aku nampak tadi. Aku time tu dah menangis macam kena rasuk dah. Lepas dah letak call tu . aku mula rasa mual nak pengsan mata aku berat. roomates aku paling cemas dengn situasi tu sebab diaorg semua belum pernah hadap benda ni semua especially roomates aku yg indians. Diaorang terus pujuk aku bagi aku sedar semua baca semua ayat yang diaorg hafal. Aku pun cuba lawan and  tanak terikut ikut sangt. Waktu tu surau deakat bawah tu penuh dengan pelajar perempuan yang kena histeria. Semua menjerit jerit. Bila sorang dah sedar, Sorang lagi pulak kena, Memng kecoh gila sampai blok lelaki pun dengar jeritan histeria dekat blok perempuan. 


Berbalik pada aku , macam yang korang tahu , aku memang ada yang jaga. Tapi aku tak pernah layankan pun benda yg nak jaga aku tu . Sebab yelah . takut jatuh syikin , eh? Risauuu. Syirikk. haaaa time tu benda yang jaga aku tu mcm tengah fight ah dengan benda yng kacau aku dalam bilik tu. Maybe benda tu tak suka diancam macam tu , perempuan yang aku cakap tadi tu mula cuba masuk dalam badan aku . Disebabkan aku pernah kena histeria, senang lah kan sebab dia dah ada tempat and laluan untuk dia masuk. And aku pun mula dirasuki oleh penunggu kolej .


start sini , cerita based on roomatesand akak akak senior yang ubatkan aku aku sebb aku dah tak sedar dah apa jadi.


Lepas aku pengsan and tak sedarkan diri tu , diaorang memang panik nak mati lahh. terus pergi turun surau mintak bantuan. Ada senior naik bilik lepastu diaorang angkat aku . okey tak dinafikan aku mmg agak berisi tapi takdelah sampai tahap gemok yang memerlukan hampir 7 oorang untuk angkat aku . Memang badan aku berat sangat and keras yang macam kejung tu ha. Sampai dekat surau bawah, aku dibaringkan dekat lantai sebab warden semua tengah uruskan budak budak yang jenis histeria menjerit jerit. Jenis aku kalau histeria, memang akan diam je. Tiba tiba sorang warden datang and terus provok benda tu .  

"kau tak payah lah nak pura pura histeria sangat lah. apa tidur dekat sini ni." ha lebih kurang macam tu lah menurut si tukang cerita.

Benda tu start beri reaksi dengan provokasi warden aku tu. Aku start mengeliat liut kan badan, senyum dengan senyuman yang menyeramkan and start nak larikan diri dari tempat tu. Hampir 5 ke 6 orang jugak yang pegang aku time tu. Tengah diaorang tutup muka aku dengan sejadah yg aku pun tak tau kenapa diaorg tekup muka aku pakai sejadah , tiba tiba aku strt mengeluarkan suara ngilaian yang halus dan nyaring . Untuk pengetahuan korang yang tak kenal aku, suara aku sebenarnya agak besar and kasar. Malam tu totally bukan suara aku . Suara aku bertukar tukar . kadang ngilaian yang halus dan nyaring and kadang kadang bunyi harimau yang menyeramkan. Aku mula hentak kepala dan badan dekat lantai smpai diaorg alas kepala aku pakai sejadah yang dah lipat lipat takut kang berdarah kepala aku . Agak lama lah keadaan aku mcm tu sampai lah warden datang and cuba pulihkan semngt aku and buat aku sedar. Tak lama lepastu aku tersedar and bersandar dekat dinding surau. Tapi tak fully sedar lah . benda tu masih duduk dekat kaki kanan aku meanwhile benda yg jaga aku duduk dekt kaki kiri . aku totally lumpuh tak boleh gerak time tu. 

Datanglah sorang akak seniior ni yang pandai mengubat datang and try untuk keluarkan benda tu dari aku . Tengah diaorng tolong aku tu , tiba tiba tu aku dengar satu suara yang suruh aku tengok kearah tingkap kanan surau. Sumpah aku belum pernah tengok makhluk ni depan mata aku sendiri. Biasa tengok gmbr atau dalam movieje. Penanggal wey Penanggal !! badan aku jadi lemas balik . Kakak tu pun tiba tiba tanya aku . 

"ada apa dekat tingkap tu "

" Dia datang dari tasik kolej tu . Dia datang sebab ada yang memanggil . Tak jaga adab bila berada di tasik. Mulut Celupar" 

Sumpah, aku tak tau kenapa aku cakap macam tu . Mungkin yang cakap tu adalah benda yang jaga aku tu . Haaaa time tu kedua dua belah lutut aku macam bergerak yang aku tak pernah nampk wey sblm ni . dia mcm ada benda dalam tu . dia lembik and bergerak ikut benda dlm tu. Aku tak pernah kena yang macam ni sebelum ni. Lepastu dah hampir 4 jam cuba keluarkn benda tu , benda tu pun keluar . pukul 2 pagi geng baru settle. Student lain pun dah sedar and masuk bilik masing-masing. Aku orang last yang sedar . Sebelum masuk bilik , aku and roomates yang tolong aku tu kena pakai minyak bidara yang warden aku dah sediakan. And aku masuk bilik dengan badan yang memang lemah gila and esok pagi aku decide untuk pergi kelas jugak . sebab takut nak duduk bilik sorang sorang.


Ha macam tu lah cerita dia kalini panjang sikit. Jangan lupa Share!

PENUNGGU KOLEJ DI JOHOR BAHRU

      Asslammualaikum semua , peminat kisah mistik & seram. Setelah bertahun lamanya aku tak update cerita woi and sebernarnya dah lupa ...