Thursday 24 March 2016

         Assalammualaikum. Ingat lagi tak Pasal Mimpi awin berada di banglo lama. ?? Awin ada nyatakan terdapat kisah ke dua bagi mimpi itu . Awin mulakan perkongsian ini dengan Bismillahirrahmannirahim.

         Aku menapak perlahan-lahan ke katil . Rindu pulak dengan katil double decker aku. Dah lama tak tidur at sini. Adik aku masih takut untuk tidur di dalam bilik. Jadinya terpaksalah aku tidur seorang diri. Dengan berbekalkan ayat kursi dan 3 qul, aku pun melelapkan mata.

          Aku berada di dalam sebuah vila yang tersergam indah. Besar dan sangat mewah. Sambil aku memerhati setiap ruang di hall vila itu, mata ku tertangkap kelibat 'dia'.. Siapa lgi kalau bukan Alisya. Air Muka aku terus berubah keruh. Aku benci kehadirannya.
 
            "Mengapa?? Terlukis kebencian di wajahmu sebaik memandang aku. Apa yang telah aku lakukan??" Alisya memulakan perbualan . Dia menapak menghampiri aku . Aku menjauhkan diri ku dari renungan tajamnya.

                     "Aku tidak mengerti Apa yang kau mahu ? Mengapa aku yang kau pilih ?? "Bersama tangisan aku merenungnya tajam.
 
                       "Dahulu, di dalam vila ini tercolet sebuah kisah duka. Nur Syamila Emelda Binti Syed Putra Aziz. Ya ! Aku masih ingat namanya. Seorang gadis riang dan ceria. Selalu tersenyum walaupun dirinya dicaci, dimaki, dipukul, didera dan di sakiti. Apa yang dia tahu, dia bersyukur kerana keluarga ini mengambilnya daripada ibu kandung yang penuh dengan dosa." Ada air mata di hujung tubir matanya. Aku mula mendekati Alisya.

                     "Suatu hari, ibu angkatnya naik angin apabila Syamila tidak membersihkan kawasan rumah. Dengan kejamnya, dia menghantukkan kepala Syamila ke dinding dengan kuat! Dum!!! Mengalir cecair merah pekat dari kepala gadis ceria itu.  Ketika itu dia sudh tidak mampu menahan penderitaan ini lagi. " Alisya memandang ke atas. Cecair merah menitik di dahinya. Aku tidak nmpk apa-ii yg mendatangkan darah itu. 

                           "Malam yang sunyi diiringi dengan tangisan si gadis mejadikan malam itu malam penuh dgn pembunuhan. Kapak ditangan digenggam erat. Bilik ibu dan ayah angkatnya dimasuki. "Ibu,, ayah... rindu Mila Tak?? " kapak disembunyikan dibelakang badannya. "Kau kenapa? Kau pergi tidur sekarang. Ke nak aku heret kau masuk bilik ha ?!" Ayah angkat nya mula naik berang. "1.... 2.... 3.. " kapak dihayun tepat dipinggul sekaligus membelah dua tubuh sasa itu. Darah memercik disegenap sudut bilik pasangan kaya raya itu. "Arghh!! Kau dah gila Mila!! Jangan bunuh aku . Aku mintak maaf ! " Dengan linangan air mata , dia menjauhkan diri daripada mila yang sudah dihasut syaitan itu " alisya menghampiri kapak yg terletak di atas meja.  Dibelek penuh asyik . Aku mula ketakutan .

                       "Ibu,, mari pada mila. Mila ada ni ." Syamila menayangkan kapak dihadapan ibu nya. "Janganlah takut. Mila nak bawak ibu jumpe kawan mila ni . " makin rapat dirinya dengan ibu, makin liar pandanga  matanya. "1...2...3.. " zap!!!  Dengan hayunan itu , terputus kepala daripada badan ibunya." Alisya memandang aku .

                     "Syamila Gila!! Aku nak keluar dari sini . Aku nak keluar !! Tolonglah Alisya. Jangan ganggu aku lagi ." Aku menangis dan terus menangis.

                      " 1...2...3.." kapak dihayun tepat ke tempurung kepala aku. Dan dengan hayunan itu, aku tersedar dari mimpi ngeri dan terus pergi ke bilik ibu dan ayahku . Dakapan paling erat aku berikan pada mereka.

●Jangan Pernh Ganggu Aku Lagi Alisya!! ●

           

Thursday 3 March 2016

           Assalammualaikum. Hemm , Rindu Dekat Blog Kita Ni. Buzy pt3  Hari Ni, Awin Nak Kongsi satu cerita. Of course, scary story. Kali ni, ceritanya bertajuk "Mimpi"                                                      
         Malam tu , macam malam-ii biasaa. Makan, lepak-ii , siapkan homework then tidoq. Lepas Kene tindih haritu, aku dah tak berani tidoq dalam bilik soqang-ii (sorang-ii). So, aku tidoq dkt hall with my brother and sister. So, aku tidoq. Sedang aku tidoq dengan lenanya aku didatangi satu mimpi. Mimpinya,,, begini..
       

Aku berada di satu rumah usang. Maybe banglo lama sebab rumah tu besar gile. Bile dah kata banglo lama, apa aja yg terlintas dalam kepala otak korang? Tak lain dan tak bukan, berpenunggu. Kan?? So, itu jugak lah yang aku fikir time tu.
    

  Aku ke kiri . Ke kanan. Buntu. Tak tau kenapa aku berada di tempat yang buruk dn berlumut tu. Tiba-ii dtg seorng prmpuan. Cantik.. rambutnya ikal mayang. Tengok dari muka, maybe 16,17 tahun cam tu lah. Diaa senyum. Aku pun senyum. Dia perkenalkan diri sebagai Alisya.. 
      

"Tak perlu perkenalkan diri. Nureen syazwina binti sajani. Lahir tepat pukul 4 pagi, Tanda lahir kau ada di belakang badan. Blaa. Blaa,, bla,, " ujar Alisya. Aku cuak! Apa yang dia discribe tntng aku, dari aku kecix sampai aku berumur 15 tahun ni, semuanya betul. Aku tanya "macam mana kau tau? " dia cuma tersenyum.
     

"Pada malam tu, Nur Qalisha Binti Dato' kahirul tekun mengulang kaji pelajaran , sangat tekun sehingga tidak perasan waktu berdetik pantas. 11, 12, 1, 2. Jam di dinding berdetik mengiringi ketekunan Qalisha. Tiba-ii biliknya diketuk bertalu-talu. Dia bergegas ke muka pintu dan membukannya, pelik, tak ada sesiapa. Dia menapak menuju ke dapur. Dari satu ank tangga, ke anak tangga yang lain. Dan , dia berada di dapur."
    

 " berhenti! Apa yang kau cuba sampaikan ni? " aku bertanya, langit mula kegelapan menandakan hari dah nak hampir malam , aku panik sebb msh berada di banglo lama ni.
      

Dia tersenyum  " dia meneliti di segenap ruang dapur itu. Tiada apa. Dia bercadang mahu ke bilik semula tapi apa yg terjadi membuatnya terpaku di ruang itu. Ibunya, Datin Rina sedang mengheret tubuh ayahnya yang berlumuran darah di seluruh tubuh badannya menuruni tangga . Kapak tersemat ketat di tangan nya. " Ibu !!!! " Qalisha memekik bersama tangisan. Puan Rina yang baru perasan kehadiran anaknya disitu terkejut. "Sha, sha. Bukan ibu yang bunuh ayah . Mari pada ibu nak. Mari " Puan Rina mendekati QAlisha . Qalisha menapak kebelakang perlahan-lahan. " jangan dekat dengan aku !! Pembunuh!!!""
    

 Aku menekup telinga aku dengan tangann. Aku tak mengerti kenpa Alisya perlu menceritakan cerita ini. " Diam!! Aku taknak dengar!! " aku memekik.
     

Alisya tak hiraukan aku. Dia terus menyambung ceritanya. " puan Rina tiba-ii meradang. Dia merasakan anak nya tidak mempercayai setiap kata-ii nya. Dia menangkap Qistina dan menghantukkan kepala gdis itu di meja makan berkali-kali rintihan gadis itu tidam dihiraukan " ibu,,!! Ampun ibu!! Sakit!! Ibu !!!" Rintihan itu semakin perlhan dan perlahan . Kapak ditangan diangkat tinggi dan dengan pantas di hayunnya ke tempurung kepala Qistina. Dan itu lah pengakhiran hidup gadis ceria itu didalam .... banglo ini.. "
      

Aku menangis ketakutan .  " kenapa aku ? Kenapa aku yang kau plih untuk mendengr derita ini? Aku tak kuat !! " aku jerit sekuat hati.
     

 Dengan jeritan itu, aku terbgun dari tidur, aku mengerling ke arah jam. Pukul 2 pagi.. aku beristighfar berkali kali dan tidk semena-mena, pintu rumah aku diketuk bertalu-talu .

● Nntikan kisah ke dua bgi tajuk mimpi●


PENUNGGU KOLEJ DI JOHOR BAHRU

      Asslammualaikum semua , peminat kisah mistik & seram. Setelah bertahun lamanya aku tak update cerita woi and sebernarnya dah lupa ...