Thursday 1 September 2016

Image result for gambar perempuan berseorang di rumah dengan hantu

Assalammualaikum 😊 . lama dah tak update  . so , topik kita pada hari ini ialah gangguan . aku pasti, mesti ada 2 atau 3 orang dripada pembaca smua pernah diganggu. Kalau ade cerita yang korang nak share, boleh hantar cerita anda pada saya ye?  So, cerita versi  aku lebih kurang macam ni . . . .

Petang tu hujan lebat sangat-ii . aku sedang menunggu ibu untuk mengambil aku di sekolah . keadaan disitu agak janggal kerana tinggal aku sorang sahaja yang belum pulang . dalam 20 minit lepas tu, ibu aku sampai .
"You are late! Dendanya ialah belanja along tomyam ! " ujar ku
"Alright mem besar" balas ibu .

sampai sahaja diperkarangan rumah, aku turun dan terus masuk kedalam rumah. Ibu dan adikku keluar membeli makanan untuk makan tengahari. aku masuk ke dalam bilik,bukak lampu and laptop . sdang ralit menonton cerita korea, tiba-tiba ade petir yang menyambar and dalam sekelip mata, bilik aku gelap. Bekalan elektrik terputus nampaknya. Aku telefon member aku sebab tetiba aku rasa seram sejuk. Alamak ! mamat ni tak angkat pulak.

aku bangun menuju ke ruang tamu. tak sampai 2 3 tapak, petir menyambar depan aku. and then cahaya daripada petir tadi menyebabkan aku ternampak sosok seorang perempuan berambut panjang, lidah panjng sampai ke lantai dan bajunye dipenuhi dengan darah. aku menjerit dan cepat-cpat masuk ke dalam bilik dan mengunci pintu bilik.

dalam bilik, aku menangis kerana ketakutan. aku telefon semua orang dalam kenalan phone aku. paling best, semua tak angkat! aku time tu tak payah nak cakap lah . takut gile kot. aku pandang sekeliling. nampaknya , jelmaan tadi dah tak de. aku lihat didalam cermin.. dan terlihat satu tangan memegang erat kepala aku . aku pun apa lagi. menjerit then lari tak cukup tapak ar. nasib baik handphone sntiasa di dalam genggaman. aku dail number my mom. and dia angkat . aku suruh dia balik awal . dan dalam beberapa minit sahaja ibu dah sampai, Alhamdulilah

aku tak menceritakan peristiwa yang aku lalui 10 minit yang lalu. biarlah aku luahkan semuanya disini.


* Jngan bersendirian walaupun anda berada di dalam rumah sendiri . kerana kita tidak mengetahui siapa atau apa yang bersama sama dengan kita. *

Tuesday 24 May 2016

Assalammualaikum semua .. dah lama rasanya tak update new story kan? hem okeyh . Hari ini aku nak cerita tentang 'teman istimewa'. Tak ramai yang dikurniakan anugerah mempunyai sahabat istimewa ini. Hnya orang-ii tertentu sahaja. Dan .. aku salah seorang daripadanya. Namanya terpaksa aku rahsiakan atas permintaannya sendiri. Jadi aku bagi nama samaran kepadanya iaitu Melati.

sejak aku berumur 6 tahun, aku sudah mengenali Melati.Kitaorang selalu main pondok-ii, masak-ii, makeup-makeup. Tapi yang peliknya, orang lain tak nampak kawan aku ni. time tu, memang tak amik kesah tentang orang lain. yang aku tahu, aku happy dapat kawan dengan dia. Ibu n ayah tak ada pulak bertnyakan tentang Melati.

sehingga aku berumur 12 tahun, dia menghilangkan diri. mula-mula sedih jugaklah, bff aku pergi tinggalkan aku sorang-sorang. Badan aku sakit-sakit sejak dia menghilang. Naik form 2, dia muncul. tapi kali ni, aku cuma dengar suaranya. wajahnya tidak kelihatan. Suaranya masih seperti dulu. manja dan merdu. aku rindukan wajahnya yang cantik, mulus, putih kemerah-merahan. "Kau sebenarnya asal mana? kau selalu mengelak bila aku bertnyakan soalan itu." Kata aku pada melati

 "Sebenarnya aku berasal dari puak bunian. maafkan aku kerana merahsiakannya dari kau. aku takut kau tidak mahu berkawan dengan aku jika aku memberitahumu hal yang sebenar" suaranya kedengaran sayu.

aku terkejut . patutlah time kaki aku  luka masa umur aku 11 tahun, dia sembuhkan aku hanya dengan menggunakan daun sirih. rupanya dia orang bunian. Mula-mula rasa takut yang amat sangat menguasai diri aku. tapi memandangkan aku sudah berkawan dengannya hampir 7 tahun, rasa sayang pada persahabtan kami membatasi rasa takut. aku tersenyum. "Alah, takpa. kita kan kawan. buat apa aku nak takut dngn kawan aku sendiri kan?" 
tiba-tiba badan aku panas macam kene peluk. tahu lah aku, Melati sedang memeluk diriku. sayang betul dia pada aku. Ketukan dimuka pintu menyebabkan Melati terkejut dan meminta izin untuk pulang. "Baliklaa. Nanti datang lagi ye?" aku melambaikan tangan pada cermin di bilik. walaupun aku tak nampak dirinya, tapi aku tahu di cermin itulah jalan untuk Melati pulang ke alamnya.
aku buka pintu. Rupanya ibu . dia menyuruh aku mengerjakan solat isyak.

Bulan 1,2016

Satu hari , aku baru balik dari sekolah. badan aku letih sangat. tiba-tiba melati membisikkan sesuatu. "Kau dah solat zuhur?" aku jawab "dah." padahal aku belum menunaikan kewajipan itu lagi. Suara melati sudah tidak kedengaran. Tiba-tiba badan aku sakit bagai dilibas dengan tali pinggang. "Jangan sekalipun kau menipu aku. Tunaikan solat zuhur sekarang juga" tegas sekli suara melati. 

aku menapak ke bilik air, semasa mengambil wuduk, sakit dibelakang badan aku hilang. aku menunaikan solat zuhur dngn khusyuk. selesai solat, aku rasa bagai dipeluk dari belakang. "Maafkan aku kerana menyakiti kau. aku cuma mahu kau menunaikan solat. Kau tidak aku bertemu dengan ku lagi sekiranya kau tidk menjaga solatmu.:" bisiknya di telinga kananku.
belum sempat aku menanggalkan telekung, aku dibawa ke satu alam lain. sejurus itu, tubuh melati bersama kedua orang tuanya terbit di hadapanku. "Melati aku dimana?" "kau berada di alam aku" jawab melati. Aku menyalami tangan ibu melati, dan menghadiahkan senyuman kepada ayahnya. "Melati, aku tak boleh lama disini. nanti keluarga aku kalut cari aku" "Yela. jom aku bawak kau jalan-jalan disekitar kampung ku.

Semasa berjalan dengan melati, kami terserempak dengan sekumpula gdis berbaju kuning dan bertudung putih. Melati menyatakan bahawa itu semua kakak-iinya. aku pun bersalaman dengan mereka. Ayunya wajah mereka sama seperti melati. Alam bunian tak bnyk beza dengan alam kita. cuma waktu siangnya tak sepanas di alam kita. Kami terserempak pula dengan sekumpulan lelaki berjubah hijau dan berkopiah. Tampannya mereka. aku terfana seketika dengan ciptaan Allah. Salah seorang daripada kumpulan itu tersenyum pada ku. aku membalas dan terus tertunduk malu. Melati menyakat ku dengan berkata "sudah jatuh suka kau padanya? Jarang dia mahu memberikan senyuman pada seorang gadis." aku diam sambil tersenyum malu.

setelah itu, aku meminta melati untuk menghantarku pulang. melati mengangguk dan aku terus tertidur. Bangun saja dari tidur, aku sudah berada di atas katil  dibilik ku.

Penat pulak tangan menaip. Nanti kita sambung lagi ya. Assalamualaikum :)


Thursday 24 March 2016

         Assalammualaikum. Ingat lagi tak Pasal Mimpi awin berada di banglo lama. ?? Awin ada nyatakan terdapat kisah ke dua bagi mimpi itu . Awin mulakan perkongsian ini dengan Bismillahirrahmannirahim.

         Aku menapak perlahan-lahan ke katil . Rindu pulak dengan katil double decker aku. Dah lama tak tidur at sini. Adik aku masih takut untuk tidur di dalam bilik. Jadinya terpaksalah aku tidur seorang diri. Dengan berbekalkan ayat kursi dan 3 qul, aku pun melelapkan mata.

          Aku berada di dalam sebuah vila yang tersergam indah. Besar dan sangat mewah. Sambil aku memerhati setiap ruang di hall vila itu, mata ku tertangkap kelibat 'dia'.. Siapa lgi kalau bukan Alisya. Air Muka aku terus berubah keruh. Aku benci kehadirannya.
 
            "Mengapa?? Terlukis kebencian di wajahmu sebaik memandang aku. Apa yang telah aku lakukan??" Alisya memulakan perbualan . Dia menapak menghampiri aku . Aku menjauhkan diri ku dari renungan tajamnya.

                     "Aku tidak mengerti Apa yang kau mahu ? Mengapa aku yang kau pilih ?? "Bersama tangisan aku merenungnya tajam.
 
                       "Dahulu, di dalam vila ini tercolet sebuah kisah duka. Nur Syamila Emelda Binti Syed Putra Aziz. Ya ! Aku masih ingat namanya. Seorang gadis riang dan ceria. Selalu tersenyum walaupun dirinya dicaci, dimaki, dipukul, didera dan di sakiti. Apa yang dia tahu, dia bersyukur kerana keluarga ini mengambilnya daripada ibu kandung yang penuh dengan dosa." Ada air mata di hujung tubir matanya. Aku mula mendekati Alisya.

                     "Suatu hari, ibu angkatnya naik angin apabila Syamila tidak membersihkan kawasan rumah. Dengan kejamnya, dia menghantukkan kepala Syamila ke dinding dengan kuat! Dum!!! Mengalir cecair merah pekat dari kepala gadis ceria itu.  Ketika itu dia sudh tidak mampu menahan penderitaan ini lagi. " Alisya memandang ke atas. Cecair merah menitik di dahinya. Aku tidak nmpk apa-ii yg mendatangkan darah itu. 

                           "Malam yang sunyi diiringi dengan tangisan si gadis mejadikan malam itu malam penuh dgn pembunuhan. Kapak ditangan digenggam erat. Bilik ibu dan ayah angkatnya dimasuki. "Ibu,, ayah... rindu Mila Tak?? " kapak disembunyikan dibelakang badannya. "Kau kenapa? Kau pergi tidur sekarang. Ke nak aku heret kau masuk bilik ha ?!" Ayah angkat nya mula naik berang. "1.... 2.... 3.. " kapak dihayun tepat dipinggul sekaligus membelah dua tubuh sasa itu. Darah memercik disegenap sudut bilik pasangan kaya raya itu. "Arghh!! Kau dah gila Mila!! Jangan bunuh aku . Aku mintak maaf ! " Dengan linangan air mata , dia menjauhkan diri daripada mila yang sudah dihasut syaitan itu " alisya menghampiri kapak yg terletak di atas meja.  Dibelek penuh asyik . Aku mula ketakutan .

                       "Ibu,, mari pada mila. Mila ada ni ." Syamila menayangkan kapak dihadapan ibu nya. "Janganlah takut. Mila nak bawak ibu jumpe kawan mila ni . " makin rapat dirinya dengan ibu, makin liar pandanga  matanya. "1...2...3.. " zap!!!  Dengan hayunan itu , terputus kepala daripada badan ibunya." Alisya memandang aku .

                     "Syamila Gila!! Aku nak keluar dari sini . Aku nak keluar !! Tolonglah Alisya. Jangan ganggu aku lagi ." Aku menangis dan terus menangis.

                      " 1...2...3.." kapak dihayun tepat ke tempurung kepala aku. Dan dengan hayunan itu, aku tersedar dari mimpi ngeri dan terus pergi ke bilik ibu dan ayahku . Dakapan paling erat aku berikan pada mereka.

●Jangan Pernh Ganggu Aku Lagi Alisya!! ●

           

Thursday 3 March 2016

           Assalammualaikum. Hemm , Rindu Dekat Blog Kita Ni. Buzy pt3  Hari Ni, Awin Nak Kongsi satu cerita. Of course, scary story. Kali ni, ceritanya bertajuk "Mimpi"                                                      
         Malam tu , macam malam-ii biasaa. Makan, lepak-ii , siapkan homework then tidoq. Lepas Kene tindih haritu, aku dah tak berani tidoq dalam bilik soqang-ii (sorang-ii). So, aku tidoq dkt hall with my brother and sister. So, aku tidoq. Sedang aku tidoq dengan lenanya aku didatangi satu mimpi. Mimpinya,,, begini..
       

Aku berada di satu rumah usang. Maybe banglo lama sebab rumah tu besar gile. Bile dah kata banglo lama, apa aja yg terlintas dalam kepala otak korang? Tak lain dan tak bukan, berpenunggu. Kan?? So, itu jugak lah yang aku fikir time tu.
    

  Aku ke kiri . Ke kanan. Buntu. Tak tau kenapa aku berada di tempat yang buruk dn berlumut tu. Tiba-ii dtg seorng prmpuan. Cantik.. rambutnya ikal mayang. Tengok dari muka, maybe 16,17 tahun cam tu lah. Diaa senyum. Aku pun senyum. Dia perkenalkan diri sebagai Alisya.. 
      

"Tak perlu perkenalkan diri. Nureen syazwina binti sajani. Lahir tepat pukul 4 pagi, Tanda lahir kau ada di belakang badan. Blaa. Blaa,, bla,, " ujar Alisya. Aku cuak! Apa yang dia discribe tntng aku, dari aku kecix sampai aku berumur 15 tahun ni, semuanya betul. Aku tanya "macam mana kau tau? " dia cuma tersenyum.
     

"Pada malam tu, Nur Qalisha Binti Dato' kahirul tekun mengulang kaji pelajaran , sangat tekun sehingga tidak perasan waktu berdetik pantas. 11, 12, 1, 2. Jam di dinding berdetik mengiringi ketekunan Qalisha. Tiba-ii biliknya diketuk bertalu-talu. Dia bergegas ke muka pintu dan membukannya, pelik, tak ada sesiapa. Dia menapak menuju ke dapur. Dari satu ank tangga, ke anak tangga yang lain. Dan , dia berada di dapur."
    

 " berhenti! Apa yang kau cuba sampaikan ni? " aku bertanya, langit mula kegelapan menandakan hari dah nak hampir malam , aku panik sebb msh berada di banglo lama ni.
      

Dia tersenyum  " dia meneliti di segenap ruang dapur itu. Tiada apa. Dia bercadang mahu ke bilik semula tapi apa yg terjadi membuatnya terpaku di ruang itu. Ibunya, Datin Rina sedang mengheret tubuh ayahnya yang berlumuran darah di seluruh tubuh badannya menuruni tangga . Kapak tersemat ketat di tangan nya. " Ibu !!!! " Qalisha memekik bersama tangisan. Puan Rina yang baru perasan kehadiran anaknya disitu terkejut. "Sha, sha. Bukan ibu yang bunuh ayah . Mari pada ibu nak. Mari " Puan Rina mendekati QAlisha . Qalisha menapak kebelakang perlahan-lahan. " jangan dekat dengan aku !! Pembunuh!!!""
    

 Aku menekup telinga aku dengan tangann. Aku tak mengerti kenpa Alisya perlu menceritakan cerita ini. " Diam!! Aku taknak dengar!! " aku memekik.
     

Alisya tak hiraukan aku. Dia terus menyambung ceritanya. " puan Rina tiba-ii meradang. Dia merasakan anak nya tidak mempercayai setiap kata-ii nya. Dia menangkap Qistina dan menghantukkan kepala gdis itu di meja makan berkali-kali rintihan gadis itu tidam dihiraukan " ibu,,!! Ampun ibu!! Sakit!! Ibu !!!" Rintihan itu semakin perlhan dan perlahan . Kapak ditangan diangkat tinggi dan dengan pantas di hayunnya ke tempurung kepala Qistina. Dan itu lah pengakhiran hidup gadis ceria itu didalam .... banglo ini.. "
      

Aku menangis ketakutan .  " kenapa aku ? Kenapa aku yang kau plih untuk mendengr derita ini? Aku tak kuat !! " aku jerit sekuat hati.
     

 Dengan jeritan itu, aku terbgun dari tidur, aku mengerling ke arah jam. Pukul 2 pagi.. aku beristighfar berkali kali dan tidk semena-mena, pintu rumah aku diketuk bertalu-talu .

● Nntikan kisah ke dua bgi tajuk mimpi●


Thursday 7 January 2016

                  

                                  Malam tu, aku and family baru balik dari beli baju sekolah. Maklumlah, lagi 3 minggu je nak naik sekolah bagi tahu baru. Dalam kereta semua tengah nyenyak tidoo. kecuali aku n my father. ayah kau drive while aku merakam. aku memang suka merakam jalan kalau lalu jalan yang gelap. expecially, jalan yang kiri kanan nya hutan. huhuii.. seram mehh.

                                  so, aku rakam sampai lah dekat highway senai area desaru tu. Dok rakam-rakam.. aku macam nampak ade someone berdiri dekat tengah-tengah highway tu. Aku menjerit suruh ayah aku stop kan kereta. ayah aku senonog je . makin laju ada laa. aku tengok 'someone' tu da tak ada dekat highway.Entah-entah terpelanting tak.. aku marah ayah aku sebab tak stop kan kereta. ayah aku pelik." buat ape nak stop?" . aku merengus. "Ayah tak nampak ke ada prempuan mengandung dekat tengah-tengah jalan tadi. ayah dah langgar dia tau. along tengok dia dah tak ada dekat highway. entah-entah, dah terpelanting masuk laut!!" marah aku.

                             Ahli keluarga aklu yang lain dah bangun dsbbkan jeritan aku yang maha kuat tu. ayah aku jwab "sejak bile pulak ada orang dkat tgh highway ni? ayah yng drive ayah tau lah." ayah marah aku balik. Aku terkedu.  what? tak ada orang? serius? ya Allah.. apa yg aku nampak tadi?

                              Dah sampai rumah, aku bukak balik video yang aku rakam sepnjg prjlnn balik. sampai minit yang ke 3:33 aku perasan, perempuan yg aku nampak dkt tgh2 highway tu, ade dekat tepi highway sambil tersenyum. confiuss aku. klw betol manusia, tak kan la cepat benor dia tukar tempat n lgi satu tak kan bodoh sagt dia nak berdiri dekat  tengah2 jalan..

                           Aku pernah dengar orang slalu nampak lembaga dekat situ. kengkadang hantu galah, kdg2 seorng lelaki senyum dkt diaorang at tepi highway tu. ahhhh macam2 lagi.

                        KEBENARAN MASIH MENJADI SATU MISTERI...

PENUNGGU KOLEJ DI JOHOR BAHRU

      Asslammualaikum semua , peminat kisah mistik & seram. Setelah bertahun lamanya aku tak update cerita woi and sebernarnya dah lupa ...