Tuesday 24 May 2016

Assalammualaikum semua .. dah lama rasanya tak update new story kan? hem okeyh . Hari ini aku nak cerita tentang 'teman istimewa'. Tak ramai yang dikurniakan anugerah mempunyai sahabat istimewa ini. Hnya orang-ii tertentu sahaja. Dan .. aku salah seorang daripadanya. Namanya terpaksa aku rahsiakan atas permintaannya sendiri. Jadi aku bagi nama samaran kepadanya iaitu Melati.

sejak aku berumur 6 tahun, aku sudah mengenali Melati.Kitaorang selalu main pondok-ii, masak-ii, makeup-makeup. Tapi yang peliknya, orang lain tak nampak kawan aku ni. time tu, memang tak amik kesah tentang orang lain. yang aku tahu, aku happy dapat kawan dengan dia. Ibu n ayah tak ada pulak bertnyakan tentang Melati.

sehingga aku berumur 12 tahun, dia menghilangkan diri. mula-mula sedih jugaklah, bff aku pergi tinggalkan aku sorang-sorang. Badan aku sakit-sakit sejak dia menghilang. Naik form 2, dia muncul. tapi kali ni, aku cuma dengar suaranya. wajahnya tidak kelihatan. Suaranya masih seperti dulu. manja dan merdu. aku rindukan wajahnya yang cantik, mulus, putih kemerah-merahan. "Kau sebenarnya asal mana? kau selalu mengelak bila aku bertnyakan soalan itu." Kata aku pada melati

 "Sebenarnya aku berasal dari puak bunian. maafkan aku kerana merahsiakannya dari kau. aku takut kau tidak mahu berkawan dengan aku jika aku memberitahumu hal yang sebenar" suaranya kedengaran sayu.

aku terkejut . patutlah time kaki aku  luka masa umur aku 11 tahun, dia sembuhkan aku hanya dengan menggunakan daun sirih. rupanya dia orang bunian. Mula-mula rasa takut yang amat sangat menguasai diri aku. tapi memandangkan aku sudah berkawan dengannya hampir 7 tahun, rasa sayang pada persahabtan kami membatasi rasa takut. aku tersenyum. "Alah, takpa. kita kan kawan. buat apa aku nak takut dngn kawan aku sendiri kan?" 
tiba-tiba badan aku panas macam kene peluk. tahu lah aku, Melati sedang memeluk diriku. sayang betul dia pada aku. Ketukan dimuka pintu menyebabkan Melati terkejut dan meminta izin untuk pulang. "Baliklaa. Nanti datang lagi ye?" aku melambaikan tangan pada cermin di bilik. walaupun aku tak nampak dirinya, tapi aku tahu di cermin itulah jalan untuk Melati pulang ke alamnya.
aku buka pintu. Rupanya ibu . dia menyuruh aku mengerjakan solat isyak.

Bulan 1,2016

Satu hari , aku baru balik dari sekolah. badan aku letih sangat. tiba-tiba melati membisikkan sesuatu. "Kau dah solat zuhur?" aku jawab "dah." padahal aku belum menunaikan kewajipan itu lagi. Suara melati sudah tidak kedengaran. Tiba-tiba badan aku sakit bagai dilibas dengan tali pinggang. "Jangan sekalipun kau menipu aku. Tunaikan solat zuhur sekarang juga" tegas sekli suara melati. 

aku menapak ke bilik air, semasa mengambil wuduk, sakit dibelakang badan aku hilang. aku menunaikan solat zuhur dngn khusyuk. selesai solat, aku rasa bagai dipeluk dari belakang. "Maafkan aku kerana menyakiti kau. aku cuma mahu kau menunaikan solat. Kau tidak aku bertemu dengan ku lagi sekiranya kau tidk menjaga solatmu.:" bisiknya di telinga kananku.
belum sempat aku menanggalkan telekung, aku dibawa ke satu alam lain. sejurus itu, tubuh melati bersama kedua orang tuanya terbit di hadapanku. "Melati aku dimana?" "kau berada di alam aku" jawab melati. Aku menyalami tangan ibu melati, dan menghadiahkan senyuman kepada ayahnya. "Melati, aku tak boleh lama disini. nanti keluarga aku kalut cari aku" "Yela. jom aku bawak kau jalan-jalan disekitar kampung ku.

Semasa berjalan dengan melati, kami terserempak dengan sekumpula gdis berbaju kuning dan bertudung putih. Melati menyatakan bahawa itu semua kakak-iinya. aku pun bersalaman dengan mereka. Ayunya wajah mereka sama seperti melati. Alam bunian tak bnyk beza dengan alam kita. cuma waktu siangnya tak sepanas di alam kita. Kami terserempak pula dengan sekumpulan lelaki berjubah hijau dan berkopiah. Tampannya mereka. aku terfana seketika dengan ciptaan Allah. Salah seorang daripada kumpulan itu tersenyum pada ku. aku membalas dan terus tertunduk malu. Melati menyakat ku dengan berkata "sudah jatuh suka kau padanya? Jarang dia mahu memberikan senyuman pada seorang gadis." aku diam sambil tersenyum malu.

setelah itu, aku meminta melati untuk menghantarku pulang. melati mengangguk dan aku terus tertidur. Bangun saja dari tidur, aku sudah berada di atas katil  dibilik ku.

Penat pulak tangan menaip. Nanti kita sambung lagi ya. Assalamualaikum :)


No comments:

Post a Comment

PENUNGGU KOLEJ DI JOHOR BAHRU

      Asslammualaikum semua , peminat kisah mistik & seram. Setelah bertahun lamanya aku tak update cerita woi and sebernarnya dah lupa ...