Thursday 24 March 2016

         Assalammualaikum. Ingat lagi tak Pasal Mimpi awin berada di banglo lama. ?? Awin ada nyatakan terdapat kisah ke dua bagi mimpi itu . Awin mulakan perkongsian ini dengan Bismillahirrahmannirahim.

         Aku menapak perlahan-lahan ke katil . Rindu pulak dengan katil double decker aku. Dah lama tak tidur at sini. Adik aku masih takut untuk tidur di dalam bilik. Jadinya terpaksalah aku tidur seorang diri. Dengan berbekalkan ayat kursi dan 3 qul, aku pun melelapkan mata.

          Aku berada di dalam sebuah vila yang tersergam indah. Besar dan sangat mewah. Sambil aku memerhati setiap ruang di hall vila itu, mata ku tertangkap kelibat 'dia'.. Siapa lgi kalau bukan Alisya. Air Muka aku terus berubah keruh. Aku benci kehadirannya.
 
            "Mengapa?? Terlukis kebencian di wajahmu sebaik memandang aku. Apa yang telah aku lakukan??" Alisya memulakan perbualan . Dia menapak menghampiri aku . Aku menjauhkan diri ku dari renungan tajamnya.

                     "Aku tidak mengerti Apa yang kau mahu ? Mengapa aku yang kau pilih ?? "Bersama tangisan aku merenungnya tajam.
 
                       "Dahulu, di dalam vila ini tercolet sebuah kisah duka. Nur Syamila Emelda Binti Syed Putra Aziz. Ya ! Aku masih ingat namanya. Seorang gadis riang dan ceria. Selalu tersenyum walaupun dirinya dicaci, dimaki, dipukul, didera dan di sakiti. Apa yang dia tahu, dia bersyukur kerana keluarga ini mengambilnya daripada ibu kandung yang penuh dengan dosa." Ada air mata di hujung tubir matanya. Aku mula mendekati Alisya.

                     "Suatu hari, ibu angkatnya naik angin apabila Syamila tidak membersihkan kawasan rumah. Dengan kejamnya, dia menghantukkan kepala Syamila ke dinding dengan kuat! Dum!!! Mengalir cecair merah pekat dari kepala gadis ceria itu.  Ketika itu dia sudh tidak mampu menahan penderitaan ini lagi. " Alisya memandang ke atas. Cecair merah menitik di dahinya. Aku tidak nmpk apa-ii yg mendatangkan darah itu. 

                           "Malam yang sunyi diiringi dengan tangisan si gadis mejadikan malam itu malam penuh dgn pembunuhan. Kapak ditangan digenggam erat. Bilik ibu dan ayah angkatnya dimasuki. "Ibu,, ayah... rindu Mila Tak?? " kapak disembunyikan dibelakang badannya. "Kau kenapa? Kau pergi tidur sekarang. Ke nak aku heret kau masuk bilik ha ?!" Ayah angkat nya mula naik berang. "1.... 2.... 3.. " kapak dihayun tepat dipinggul sekaligus membelah dua tubuh sasa itu. Darah memercik disegenap sudut bilik pasangan kaya raya itu. "Arghh!! Kau dah gila Mila!! Jangan bunuh aku . Aku mintak maaf ! " Dengan linangan air mata , dia menjauhkan diri daripada mila yang sudah dihasut syaitan itu " alisya menghampiri kapak yg terletak di atas meja.  Dibelek penuh asyik . Aku mula ketakutan .

                       "Ibu,, mari pada mila. Mila ada ni ." Syamila menayangkan kapak dihadapan ibu nya. "Janganlah takut. Mila nak bawak ibu jumpe kawan mila ni . " makin rapat dirinya dengan ibu, makin liar pandanga  matanya. "1...2...3.. " zap!!!  Dengan hayunan itu , terputus kepala daripada badan ibunya." Alisya memandang aku .

                     "Syamila Gila!! Aku nak keluar dari sini . Aku nak keluar !! Tolonglah Alisya. Jangan ganggu aku lagi ." Aku menangis dan terus menangis.

                      " 1...2...3.." kapak dihayun tepat ke tempurung kepala aku. Dan dengan hayunan itu, aku tersedar dari mimpi ngeri dan terus pergi ke bilik ibu dan ayahku . Dakapan paling erat aku berikan pada mereka.

●Jangan Pernh Ganggu Aku Lagi Alisya!! ●

           

No comments:

Post a Comment

PENUNGGU KOLEJ DI JOHOR BAHRU

      Asslammualaikum semua , peminat kisah mistik & seram. Setelah bertahun lamanya aku tak update cerita woi and sebernarnya dah lupa ...