Friday 5 May 2017

HISTERIA LAGI !!

Image result for harimauAssalammualaikum. first and foremost, im so sorry sebab dah lama tak 'up' cerita baru . ok . harini , aku akan terus ke topik utama iaitu histeria . yes, aku pernah up cerita tetng histeria sebelum ni . tapi histeria kali ni lain . masih melibatkan org yang sama iaitu aku dan nana (bukan nama sebenar). disebabkan aku kena histeria dan aku tak sedar apa yg berlaku . aku akan cerita berdasarkan apa yang kawan- kawan aku cerita dekat aku . macam ni cerita nya...

hari itu , aku pergi sekolah macam biasa . tapi hari tu aku macam tak sedap badan sikit . macam nak demam. tapi terpaksa datang jugak sebab memikirkan subjek2 penting yang akan terlepas kalau aku tak datang sekolah. so pergi je lah . sampai at skolah, dalam kereta dah baca ayat kerusi dan 3 qul. turun dari kereta dan terus ke kelas.

keadaan dalam kelas haritu macam biasa . tak ada yang pelik pun . so cikgu masuk and kitaorg belajar. next subjek time tu adalah kimia. cikgu tak msuk sebab busy . so kitaorg buat hal sendiri . waktu tu kalau tak salah dalam pukul 9 lebih . tiba-tiba nana ni sakit perot . dia asyik ulang alik pergi tandas . pergi sorang pulak tu . aku tak perasan sangat dia sakit perot sebb tengah syok bergosip dengan kawan-kawan semeja.

dalam pukul 10 macam tu, nana pengsan . kitaorg dah nervous . hadeh , janganlah ada benda yang terjadi . so , kitaorg ingatkan dia pengsan sebab dia tahan sakit perot tu . tapi tak sampai 10 minit, dia tiba-tiba meronta-ronta. sebab time tu , adliya tu tengah pegang dia . so dia mintak lepas. so kitaorang dah tak tau nak buat, kitaorg suruh budak lelaki panggil cikgu kimia kitaorg . time tu , nana dah memang macam orang kne histeria . meracau-racau . tapi tak menjerit. lepas tu cikgu kimia pun datang bersama-sama dengan kerani sekolah sebab kerani sekolah tu , suami istri pandai hal2 histeria ni . so dia cuba lah komunikasi dengan nana. lebih kurang macam ni lah dialog nya.

kerani(suami): "nana, lawan nana. nana kuat . kan datang sekolah nak belajar . dah-dah . penat badan tu. dah-ii sedar cepat. kesian cikgu2 dengan ibu nana. bangun2.

nana tak jawab apa-apa . dia cuma meronta-ronta mintak lepas. time tu aku duduk at luar kelas. aku takot . tak berani nak tolong pegang dia . kawan- kawan aku yang tolong nana tu habis kena sepak, kena gigit , kena cakar . agresif gila nana time tu . tapi kawan-kawan aku tak marah, sebab diaorang tahu tu bukan nana. nana lain . so aku kat luar dengan zulaiha(bkn nama sebenar) , adisyah(bkn nama sebenar) dan adliya. waktu tu dah time rehat . kitaorg pun turun kantin nak makan . so, dah siap makan  aku nak naik kelas sebab aku nak siapkan kerja sekolah yang belum siap . pastu zulaiha kata: 

zulaiha :"kau jangan ngada-ngada eh . duduk je sini. nanti kalau kau naik, kang kena jugak macam si nana tu , dah susah.

aku : "ala kejap je . nak amik buku sivik je . pastu aku turun . aku tunggu korang dekat one stop center .

so, aku pun naiklah kelas. time aku naik kelas tu, aku tengok nana masih tak elok lagi. then, aku amik lah buku and perasan aku , aku dah keluar dari kelas dan sedang menuju ke one stop center. lpas tu aku 'padam'

cerita berdasarkan apa yang diceritakan oleh kawan2 aku :

lepas aku masuk kelas yang konon-kononya nak amik buku tu, aku terus duduk dekat meja guru. waktu tu, kawan2 and cikgu2 serta dua org kerani (suami istri ) masih cuba nak ubatkan nana . sekurg kurgnya biar lah dia sedar. aku duduk sambil kaki aku silangkan dan aku hayun-hayunkan . pastu aku buat2 tulis . time tu aisah(bkn nama sebenar) datang , duduk dpn aku /

aisah: awin, kau okeyh tak ? kau buat apa tu ?

aku tak jawab . aku diam je .pastu dia pun chaw. lepastu , tiba-tiba nana bukak mata dia. dan dia terus tenung aku . time tu aku pandng je dia . aku tersenyum , dia tunjuk sesuatu at belakang aku , lepastu semua pandang aku . kerani(suami) dtg dekat aku .

kerani(suami) : awin, kenapa ni . sedar lah . jangan macam ni . lawan dia.

time tu mata aku dh bergenang and asyik tunjuk2 nana. tiba-tiba kerani (istri) datang dekat aku pastu dia tekan dekat bahagian tengkuk aku . pastu aku terus meronta-ronta.

kerani (istri): " ni dah masuk dah ni "

aku terus meronta -ronta minta kena lepas . jari aku bengkok macam harimau. aku buat bunyi grrrr macam harimau .aku punya pergerakan macam harimau . lepas tu , kerani (suami istri) tak dapat kawal aku , dia panggil cikgu hamidan (bkn nama sbnr). dia dtg , tapi dia pun tak dapat kawal aku . sebab aku terlalu kuat dan agresif. aku mula macam nak bergadoh dengan nana. nana pun macam nak bangun dan bergadoh dgn aku ,. untuk elakkan ada org yang tercedera, kerani(llki) pagar aku . then, pihk skolah panggil ayh aku , sebab ayh aku pandai jugak bab2 ni . so , ayah aku baca2 sikit . aku maca, jdi lemah sikit . then adik aku pn dtg . dlm kluarga aku , hanya aku , ayah dan adik aku yg pndai ubtkan org tapi dengan izin Allah. adik aku dtg tolong ayah aku . aku jadi lemah. diaorg ingatkn benda tu dah keluar. tapi diaorg diperbodohkan . bila nak bangunkan aku, tapi berat , 5 org angkat , tak boleh bangun2.  

tiba-tiba pak ca (pkcik angkt ) datang . dia datang tangan kosong. dia mula berkomunikasi dengan aku . aku tak ingat dia ckp apa. yang aku ingt , bila dia tnya knp benda tu masuk dlm bdn aku , aku mula tpuk tangan kelantai kuat2. lepas tu , pak ca pergi pula tempat nana. time tu aku dah mula agresif balik . tudung aku campak ntah kemana, kepala aku hentak2 dekat lantai . kaki aku terajang sesiapa je yang dekat dengan aku .  memang totally bukan aku lah time tu . nak dipendekkn cerita , akhirya aku dipindahkan ke kelas sebelah .

lepas dah pindah tu , ada seorg cikgu skolah . nama dia cikgu azhar(bkn nama sebenar) dia azan kuat2 . lepastu dia macam tepuk at blkng bdn aku kuat2 . kata mak aku , teruk lah dia tepuk tu . sampai bunyi macam kena tumbok. lepas tu dah lemah . so , diaorg tertipu sekli lagi . time diaorg usung aku pakai stracher(ntah betul ke tak aku eja tu . kikiki), aku meronta sekali lagi . time tu diaorg terpksa turunkan stracher tu sebab takut aku jatuh . lepastu , aku tendang2 stracher tu , aku cabut tudung , aku campak jauh2 . malu time tu dh x ada dah . dengan budak2 kelas lain tengok . hadehh. tapi time tu x sedarkan . nak buat macam mana . 

so, diaorg terpksa masuk kn aku dlm kls balik . time tu aku dah tenang . selepas itu , mula lah dialog2 antara benda tu dengan pak ca. time tu , syaqif (bkn nama sebenar ) slh seorg jurulatih silat tu ddk sebelah aku untuk dengar apa yang aku cakap . sebb bila ak ckp, suara aku garau dan perlahan.

pak ca : assalammualaikum.

aku :*diam*

pak ca : apa agama kau ?

aku :*diam*

pak ca : kenapa kau masuk dalam badan dia?

aku : aku suka.

pak ca: mana boleh . kau syaitan . dia manusia . kau berada dalam dunia yang berbeza.

aku :*mengaum* *marah*

pak ca: jangan marah . kita berbincang . letak tangan kau dekat peha .

aku :*mula tenang*

pak ca: mana kau tinggal?

aku :* tunjuk dekat bangunan belakang sekolah.*

pak ca: subhanaallah . kau besar mcam mana?

aku :besar macam bilik ni.

pak ca: astaghfiruallah. kau dan aku , kita makhluk allah . kenpa kita nak bergaduh sesama makhluk? sekarang aku akan tukarkan status agama kau . mahu tak kau masuk islam . islam itu mudah . bila kau balik ke dunia kau , kau tuntutlah ilmu agama dengan kawan2 seagama dan sebangsa kau . kau nak atau tak?

aku :*tangan bengkok macam harimau**mengaum*

pak ca: jangan marah. kita berbincang. sekarang ikut cakap aku . *mengucap dua kalimah syahadah*

aku :*mengucap dua kalimah syahadah*

pak ca: sekarang nama kau khidir. ada berapa dalam badan perempuan ni ?

aku: dua

pak ca: ikut aku cakap .*mengucap dua kalimah syahadah*

aku : *mengucap dua kalimah syahadah*

pak ca: sekarang nama kau yusuf. sekarang kau kena keluar . kau nak keluar dri mana?

aku :*tepuk kaki *

pk ca: okeyh . qaseh (bkn nama sebenar)(adik aku) tolong pak 
ca . selawat dan istighfar bnyk2.


lepas tu , aku pun pengsan.

[ Setakat itu je perkongisian pada malam ni , apa2 komen atau cadangan boleh je komen at bawah ni. selamat malam ]



Friday 3 February 2017

Diaa adaaaa ..

assalammualaikum guys. ok hari ini aku nak story pasal kejadian yang berlaku pada aku malam td.

12.30 a.m

semua family aku dah tido . kecuali aku. aku kebosanan. nak tengok tv, astro mcm dh x de cite best je sekarang. so, aku pun on bigo live, so melayan bdx-ii dlm room naszh . tengah dok sembang kencang dlm room, aku terdengar macam ada orang tengah menynyi . aku bukak earphone. aku amati bebetol suara nynyian tu . dan aku yakin 200% yg tu suara perempuan . aku dengar je . dalam hati sempat memuji suara perempuan tu yg sedap dan merdu walaupn dlm kepala otak aku dh pikir macam-ii. aku cuba cool kn diri , pasang earphone and terus layn bigo.

2.00 a.m
 aku pegang dahi. berpeluh . baju dah lencun . apehal malam ni panas sgt ni? . aku kejut ibu aku., my mom suruh aku tido bilik dia. tapi aku tolak bb aku x suka kongsi katil dgn sesape. aku ni tamak haloba sikit . kihkih .then aku tuka baju sebab baju yg aku pakai tu dah lencun habis dengan air peluh . aku pandang ahli kluarga yg lain yg tido at hall . semua berselubung. aku pelik. aik? panas-ii macam ni , selubung bagai. aku dah mula x sedap hati. aku pegang kaki aku. sejuk, maksud aku , sejuk gila.aku amik selimut, terus selimut kaki . tapi in the end aku bukak balik sebb kaki aku berpeluh bila aku pakai selimut. 

3.15 a.m

aku rasa macam ada orang tgah perhatikan aku dalam rumah ni . aku tawaf satu rumah . x de pape pun. pelik . aku bukak tv. dah terbuka, tapi aku pelik, knp tak ada suara. aku cuba kuatkn, tapi remote tv x brfungsi . aku bertambah pelik sebb td oke je . aku tuka channel lain pn boleh . cuma bila nak kuatkan suara, remote tak brfungsi. ahhh shit . ada benda x kena ni . aku pandang siling rumah . dalam hati aku cakap, kau nak apa sebenarnya, aku tak kacau kau tiba2 pulk kau nak kacau aku.


4.00 a.m

suara perempuan menyanyi dtg balik . tak guna . memng dia betol2 nak kacau aku . aku baca beberapa potongn ayat Al Quran yg aku hafal . time tu , tak tau lah betul ke tak yg aku baca tu , bedal je. tiba-ii baru aku perasan, tingkap at blkng tv tu x tutup sebab aku boleh nampak lampu jln dgn jelas walaupn lngsir dh diturunkan . oh no , jgn lah kau tetiba muncul dkt situ . suara org mnynyi makin kuat . peluh makin bnyk keluar, kaki and tgn x pyh nk ckp la sejuk gila. aku panggil melati, tapi dia x dtg2. aku mula sakit hti dgn melati . kata nak jadi kawan, tapi bila aku susah , kau tak de. baik kau pergi dri hidup aku . 

5.00 a.m

aku masih sembang dgn bdx2 dlm room naszh , wlapun aku pakai earphone, suara perempuan menynyi ttp aku dgr ,. aku x dpt tangkap apa lirik lagu atau lagu tu mengenai apa . yg pnting , suara perempuan tu mendayu-dayu . shit!! bau busuk . bau apa pulk ni . erghh . aku cuba lelapkn mata, tapi sumpah, aku tak boleh . mcm2 dh aku cuba supya tido , tapi tak boleh . .

5.30 a.m

tiba-tiba aku rasa nak terkucil . aku terus nk pergi tnds. tpi aku pth balik sbb aku nmpk something dkt bawah meja makan at dapur. mcm kepala org perempuan dgn rambut yg mengerbang . aku nak jerit , tapi x boleh . nasib baik langkah aku tak terkunci . aku kejut adik aku . nasib baik adik aku bgun. aku nk citer prkara sbnr , tpi suara aku x keluar . pastu aku buat isyarat supaya dia teman aku pg tndas, dgn keadaan dia yg mamai tu, so dia tak banyk bunyi terus teman aku . lps dia teman aku pg tnds, dia tk leh tido . so dia tengok tv . aku pelik. ada pulk suara. aku tnya adik aku " mcm mna kau buat ada suara? aku  tekan tak boleh pn". dia pun jwb . " tekan jelh button volume ni . nnti ade lh suara. kau ni dh knpe" aku jwb dlm hti . memng lh aku dh tekan , tapi tak boleh tdi . ahh!!!!. 

9.00 a. m

walaupun stu hri aku x tido , tapi aku x ngntok langsung . aku pelik . aku bukak tdung saji, ada nasi lemak . tiba2 tak de slera nk mkn nasi and terasa nk minum susu. aku suruh ayh aku belikn . aku bertmbh pelik. biasa aku tak mcm ni , apa kena dengan aku ni.  kenapa dengan aku ? apa yang terjadi sebenarnya??

Tuesday 10 January 2017

HISTERIA

Assalamualaikum . hai pembaca semua . ni , aku ada cerita baru yang aku nak kongsikan dengan korang . cerita ni fresh lagi . baru beberapa jam yg lps kejadian ini berlaku . (macam wartawan uolls )

Aku dengan sahabt aku , elin (bkn nme sbnr) sedang menuju ke padang sekolah untuk bersukan . pagi tu , cikgu decide nak main bola baling . aku x main sebb baru lepas operation. So, aku duduk at tepi gelnggang je . seronok tengok kawan2 main . bersukn ni pn slh stu cra utk lpskn tension. Tiba-tiba, melati bisik dkt aku.(ingat melati lagi x? Kwn misteri aku tu ) dia suruh aku hati2. Aku buat donno je bab aku dh jnji x nak dh berkwan dgn hantu tu. Hantu? Emm boleh lah diketogerikn sbgai hantu . tengah syok tengok member2 main, tiba2, yani ( bkn nme sbnr) keluar gelanggang and terus pengsan . aku panik . cikgu panik. Kwn2 panik . semua panik . then aku baringkan diaa dkt peha aku . aku kipas2 dia dgn tangan aku . yg member2 lain dh smbung main . tak sampai 20 minit, yani sedar . dia terus nak muntah . lepas diaa muntah . dia baring balik . and then tiba2 diaa diserang histeria . aku jadi 2x gnda lebih panik dri td . yani dah meracau-racau . gila berat time angkat dia padahal bdn dia kecik toet je . yani mula bertindak agresif . member2 yg lain angkat yani pergi astaka sambil baca ayat al quran . aku dengan nana (bkn nme sbnr) dh jauhkan diri . sebab kami ade pengalaman diserang histeria . takot2 kang kena at kitaorg, lagi haru biru . lepas dah baringkan yani atas astaka , ada lah dlm 8 org pegang kaki , tgn , bdn dia supaya tak lari . aku kesian tgk yani macam tu , aku pun cuba tolong dia degn ilmu perubatan yg aku ada . aku mulakan dgn picit ibu jri kaki smbil baca ayatul kursi . aku baca banyk kli . yani jadi lebih agresif dri td . lepas at kaki x jalan, aku buat at perut pulak . dia semakin meronta-ronta . cikgu suruh kami angkat yani ni pergi bilik muzik skola. Aku memg x de lah nk angkat . takot . lepas dah letak yani dlm bilik tu, cikgu raqib( bkn nme sbnr) yg uruskan yani bersama bbrapa org murid permpuan . aku dgn yg lain naik kelas utk sesi pembelajaran .

Aku rasa nak termuntah tiba2. Aku minta Zaria( bkn nme sbnr) teman aku pergi toilet . sampai je dlm toilet aku trus muntah . muntaah air liur je . dh slesai . aku masuk ke kelas . bdn rasa lemah sgt . nak jalan pn x bermaya . aku pergi meja kwn2, saje nak tgk diaorg buat apa sambil itu aku x nk layan sgt perasaan takot plus bahu berat . aku ase nak pitam . aku terus ddk at tmpat ddk aku . aku letak kepala atas meja . and terus pengsan . dalam pengsan tu, aku berada dkt satu pdg pasir yg luas . aku berpakain seperti seorang pahlawan . di tgn aku ade sebilah pedang yg sgt tajam dn panjang . di hadapan aku, ade seorang perempuan yg juga bepakaian seperti seorang pahlawan dan di tgnnya juga ada sebilah pedang . aku pelik . aku tak faham situasi apa yg aku sdg hadapi.  Tiba2 api kemarahan dn kebencian terbit di hati . aku rasa macam nak bunuh perempuan tu . dan aku mula membuka langkah . aku cuba utk menikam perempuan itu, tapi malang diaa bergerak dgn cukup tangkas . bermula lah perlawanan . tangan dan kaki ku sudah luka akibat pergaduhan itu . akhirnyaa , aku tewas . pedang emas itu menusuk jauh ke dalam perut ku.  Dan aku mula sedar . aku berada d rumah nenek . adik aku yg bru pulng dari sekolah terus bercerita , ketika aku sedg belwn ketika aku pgsn, rupa2 nya aku meracau-racau dan meronta ronta di dunia sebnar .aku sgt gans dan agresif . aku diserang histeriaa. Tiba2 aku teringat sesuatu . ketika aku leka tgk kawan2 aku main boka baling, aku ternampak satu lembaga yg bertanduk syaitan  bertenggek diatas satu pokok dipadang sekolah . adakh lembaga itu punca kepada berlakunya histeria pada aku dan yani? .



PENUNGGU KOLEJ DI JOHOR BAHRU

      Asslammualaikum semua , peminat kisah mistik & seram. Setelah bertahun lamanya aku tak update cerita woi and sebernarnya dah lupa ...