Friday 5 May 2017

HISTERIA LAGI !!

Image result for harimauAssalammualaikum. first and foremost, im so sorry sebab dah lama tak 'up' cerita baru . ok . harini , aku akan terus ke topik utama iaitu histeria . yes, aku pernah up cerita tetng histeria sebelum ni . tapi histeria kali ni lain . masih melibatkan org yang sama iaitu aku dan nana (bukan nama sebenar). disebabkan aku kena histeria dan aku tak sedar apa yg berlaku . aku akan cerita berdasarkan apa yang kawan- kawan aku cerita dekat aku . macam ni cerita nya...

hari itu , aku pergi sekolah macam biasa . tapi hari tu aku macam tak sedap badan sikit . macam nak demam. tapi terpaksa datang jugak sebab memikirkan subjek2 penting yang akan terlepas kalau aku tak datang sekolah. so pergi je lah . sampai at skolah, dalam kereta dah baca ayat kerusi dan 3 qul. turun dari kereta dan terus ke kelas.

keadaan dalam kelas haritu macam biasa . tak ada yang pelik pun . so cikgu masuk and kitaorg belajar. next subjek time tu adalah kimia. cikgu tak msuk sebab busy . so kitaorg buat hal sendiri . waktu tu kalau tak salah dalam pukul 9 lebih . tiba-tiba nana ni sakit perot . dia asyik ulang alik pergi tandas . pergi sorang pulak tu . aku tak perasan sangat dia sakit perot sebb tengah syok bergosip dengan kawan-kawan semeja.

dalam pukul 10 macam tu, nana pengsan . kitaorg dah nervous . hadeh , janganlah ada benda yang terjadi . so , kitaorg ingatkan dia pengsan sebab dia tahan sakit perot tu . tapi tak sampai 10 minit, dia tiba-tiba meronta-ronta. sebab time tu , adliya tu tengah pegang dia . so dia mintak lepas. so kitaorang dah tak tau nak buat, kitaorg suruh budak lelaki panggil cikgu kimia kitaorg . time tu , nana dah memang macam orang kne histeria . meracau-racau . tapi tak menjerit. lepas tu cikgu kimia pun datang bersama-sama dengan kerani sekolah sebab kerani sekolah tu , suami istri pandai hal2 histeria ni . so dia cuba lah komunikasi dengan nana. lebih kurang macam ni lah dialog nya.

kerani(suami): "nana, lawan nana. nana kuat . kan datang sekolah nak belajar . dah-dah . penat badan tu. dah-ii sedar cepat. kesian cikgu2 dengan ibu nana. bangun2.

nana tak jawab apa-apa . dia cuma meronta-ronta mintak lepas. time tu aku duduk at luar kelas. aku takot . tak berani nak tolong pegang dia . kawan- kawan aku yang tolong nana tu habis kena sepak, kena gigit , kena cakar . agresif gila nana time tu . tapi kawan-kawan aku tak marah, sebab diaorang tahu tu bukan nana. nana lain . so aku kat luar dengan zulaiha(bkn nama sebenar) , adisyah(bkn nama sebenar) dan adliya. waktu tu dah time rehat . kitaorg pun turun kantin nak makan . so, dah siap makan  aku nak naik kelas sebab aku nak siapkan kerja sekolah yang belum siap . pastu zulaiha kata: 

zulaiha :"kau jangan ngada-ngada eh . duduk je sini. nanti kalau kau naik, kang kena jugak macam si nana tu , dah susah.

aku : "ala kejap je . nak amik buku sivik je . pastu aku turun . aku tunggu korang dekat one stop center .

so, aku pun naiklah kelas. time aku naik kelas tu, aku tengok nana masih tak elok lagi. then, aku amik lah buku and perasan aku , aku dah keluar dari kelas dan sedang menuju ke one stop center. lpas tu aku 'padam'

cerita berdasarkan apa yang diceritakan oleh kawan2 aku :

lepas aku masuk kelas yang konon-kononya nak amik buku tu, aku terus duduk dekat meja guru. waktu tu, kawan2 and cikgu2 serta dua org kerani (suami istri ) masih cuba nak ubatkan nana . sekurg kurgnya biar lah dia sedar. aku duduk sambil kaki aku silangkan dan aku hayun-hayunkan . pastu aku buat2 tulis . time tu aisah(bkn nama sebenar) datang , duduk dpn aku /

aisah: awin, kau okeyh tak ? kau buat apa tu ?

aku tak jawab . aku diam je .pastu dia pun chaw. lepastu , tiba-tiba nana bukak mata dia. dan dia terus tenung aku . time tu aku pandng je dia . aku tersenyum , dia tunjuk sesuatu at belakang aku , lepastu semua pandang aku . kerani(suami) dtg dekat aku .

kerani(suami) : awin, kenapa ni . sedar lah . jangan macam ni . lawan dia.

time tu mata aku dh bergenang and asyik tunjuk2 nana. tiba-tiba kerani (istri) datang dekat aku pastu dia tekan dekat bahagian tengkuk aku . pastu aku terus meronta-ronta.

kerani (istri): " ni dah masuk dah ni "

aku terus meronta -ronta minta kena lepas . jari aku bengkok macam harimau. aku buat bunyi grrrr macam harimau .aku punya pergerakan macam harimau . lepas tu , kerani (suami istri) tak dapat kawal aku , dia panggil cikgu hamidan (bkn nama sbnr). dia dtg , tapi dia pun tak dapat kawal aku . sebab aku terlalu kuat dan agresif. aku mula macam nak bergadoh dengan nana. nana pun macam nak bangun dan bergadoh dgn aku ,. untuk elakkan ada org yang tercedera, kerani(llki) pagar aku . then, pihk skolah panggil ayh aku , sebab ayh aku pandai jugak bab2 ni . so , ayah aku baca2 sikit . aku maca, jdi lemah sikit . then adik aku pn dtg . dlm kluarga aku , hanya aku , ayah dan adik aku yg pndai ubtkan org tapi dengan izin Allah. adik aku dtg tolong ayah aku . aku jadi lemah. diaorg ingatkn benda tu dah keluar. tapi diaorg diperbodohkan . bila nak bangunkan aku, tapi berat , 5 org angkat , tak boleh bangun2.  

tiba-tiba pak ca (pkcik angkt ) datang . dia datang tangan kosong. dia mula berkomunikasi dengan aku . aku tak ingat dia ckp apa. yang aku ingt , bila dia tnya knp benda tu masuk dlm bdn aku , aku mula tpuk tangan kelantai kuat2. lepas tu , pak ca pergi pula tempat nana. time tu aku dah mula agresif balik . tudung aku campak ntah kemana, kepala aku hentak2 dekat lantai . kaki aku terajang sesiapa je yang dekat dengan aku .  memang totally bukan aku lah time tu . nak dipendekkn cerita , akhirya aku dipindahkan ke kelas sebelah .

lepas dah pindah tu , ada seorg cikgu skolah . nama dia cikgu azhar(bkn nama sebenar) dia azan kuat2 . lepastu dia macam tepuk at blkng bdn aku kuat2 . kata mak aku , teruk lah dia tepuk tu . sampai bunyi macam kena tumbok. lepas tu dah lemah . so , diaorg tertipu sekli lagi . time diaorg usung aku pakai stracher(ntah betul ke tak aku eja tu . kikiki), aku meronta sekali lagi . time tu diaorg terpksa turunkan stracher tu sebab takut aku jatuh . lepastu , aku tendang2 stracher tu , aku cabut tudung , aku campak jauh2 . malu time tu dh x ada dah . dengan budak2 kelas lain tengok . hadehh. tapi time tu x sedarkan . nak buat macam mana . 

so, diaorg terpksa masuk kn aku dlm kls balik . time tu aku dah tenang . selepas itu , mula lah dialog2 antara benda tu dengan pak ca. time tu , syaqif (bkn nama sebenar ) slh seorg jurulatih silat tu ddk sebelah aku untuk dengar apa yang aku cakap . sebb bila ak ckp, suara aku garau dan perlahan.

pak ca : assalammualaikum.

aku :*diam*

pak ca : apa agama kau ?

aku :*diam*

pak ca : kenapa kau masuk dalam badan dia?

aku : aku suka.

pak ca: mana boleh . kau syaitan . dia manusia . kau berada dalam dunia yang berbeza.

aku :*mengaum* *marah*

pak ca: jangan marah . kita berbincang . letak tangan kau dekat peha .

aku :*mula tenang*

pak ca: mana kau tinggal?

aku :* tunjuk dekat bangunan belakang sekolah.*

pak ca: subhanaallah . kau besar mcam mana?

aku :besar macam bilik ni.

pak ca: astaghfiruallah. kau dan aku , kita makhluk allah . kenpa kita nak bergaduh sesama makhluk? sekarang aku akan tukarkan status agama kau . mahu tak kau masuk islam . islam itu mudah . bila kau balik ke dunia kau , kau tuntutlah ilmu agama dengan kawan2 seagama dan sebangsa kau . kau nak atau tak?

aku :*tangan bengkok macam harimau**mengaum*

pak ca: jangan marah. kita berbincang. sekarang ikut cakap aku . *mengucap dua kalimah syahadah*

aku :*mengucap dua kalimah syahadah*

pak ca: sekarang nama kau khidir. ada berapa dalam badan perempuan ni ?

aku: dua

pak ca: ikut aku cakap .*mengucap dua kalimah syahadah*

aku : *mengucap dua kalimah syahadah*

pak ca: sekarang nama kau yusuf. sekarang kau kena keluar . kau nak keluar dri mana?

aku :*tepuk kaki *

pk ca: okeyh . qaseh (bkn nama sebenar)(adik aku) tolong pak 
ca . selawat dan istighfar bnyk2.


lepas tu , aku pun pengsan.

[ Setakat itu je perkongisian pada malam ni , apa2 komen atau cadangan boleh je komen at bawah ni. selamat malam ]



No comments:

Post a Comment

PENUNGGU KOLEJ DI JOHOR BAHRU

      Asslammualaikum semua , peminat kisah mistik & seram. Setelah bertahun lamanya aku tak update cerita woi and sebernarnya dah lupa ...