Monday 21 January 2019

Image result for gambar pontianak paling seram

Assalammualaikum peminat cerita seram sekalian . Dah lama gila tak update story guys. Adalah dalam setahun lebih and dalam jangka masa setahun tu macam macam jugak yang jadi pada aku. Memandangkan aku dah habis SPM and tak tahu nak buat apa dekat rumah , aku akan update cerita cerita seram aku dengan lebih kerap . Insyallah .
Sebagai permulaan tahun baru , aku akan mulakan dengan kisah mengenai gangguan dalam rumah . Aku rasa semua orang pernah terfikir kejadian kejadian yang menyeramkan akan berlaku di rumah especially bila duduk rumah sorang sorang . Orang kata , setiap rumah ada jin dan penunggunya sendiri . Betul kah ? Entahlah . HEEEEEEEEEE Kisahnya bermula begini...
     Malam tu , Ibu Ayah tak ada dekat rumah sebab mengikuti kursus perniagaan diaorg. So tinggallah aku dan adik beradik aku yang lain . Nak dijadikan cerita , adik aku yang bongsu ikut my parent , adik yang kedua dan ketiga pergi ke rumah opah . aku ni, jenis orang lebih selesa duduk rumah sendiri even aku kena tinggal sorang sorang dalam rumah . Lepas dah mandi and solat , aku pun lepak dekat ruang tamu untuk tengok tv . Memandangkan Astro dah tak da cerita best , aku pun tutup tv and main hp .
     Untuk pengetahuan korang , rumah aku , line 4G hanya dapat dikesan dan ditemui dekat luar . Maksd aku dekat beranda luar . Nak taknak, aku kena lah keluar untuk cari line . Semasa aku tengah nak bukak pintu tu , aku dah mula rasa tak sedap hati dan bulu roma memang dah meremang time tu . dahlah tak ada orang dekat rumah . malang betul nasib . huuu . nak sedapkan hati , aku pun baca ayat kursi and bukak pintu. tiba tiba , angin yang kuat tak tahu datang dari mana menepa ke arah aku . aku terus terkedu and terkaku macam patung. Confirm ada yg tak kena.


    Aku tutup pintu balik. Aku bukak tv untuk memecahkan kesunyian malam tu . Mata aku meliar di setiap sudut rumah. Aku kalau dah tak sedap hati , aku akan cari punca nya . Aku beranikan diri untuk masuk kedalam bilik ibu dan ayah . TIBA TIBA , bunyi guli bergolek yang sangat kuat kedengaran pada syiling bilik ibu ayah . Berdasarkan pendengaran aku , Guli tu bergolek dari arah kanan ke arah kiri . Mata aku mengikuti bunyi guli tu . Dekat 10min jugak guli tu bergolek and akhirnya berhenti . Korang faham tak perasaan aku pada waktu tu , aku rasa macam nak pengsan. Itu baru sikit guys . Aku keluar dari bilik and terus duduk dekat sofa di ruang tamu . Aku dail nombor adik aku . Aku suruh dia balik awal dengan alasan aku bosan sorang sorang dekat rumah . Taknak lah nampak penakut kan as Kak Long . 


     Mata aku terus terarah pada bilik tidur aku . Perasan aku macam ada orang intai dari balik pintu bilik. Aku renung pintu bilik dengan hati yang dah tak tenang langsung. Dok intai intai pintu bilik , tiba tiba saluran tv bertukar .  Yang lagi seram, cerita yang baru terpapar dekat skrin tv tu adalah cerita hantu . Kalau tak silap aku , cerita  korban penunggu hospital . haa yang ada andi bernadee tu .Sumpah wey , time tu rasa nak nangis wey . Aku cari remote control untuk tukar siaran . 
      "Eh . tadi aku letak dekat atas sofa. Ya Allah .  mana lah pulak ni . Subhanallah. Astaghfiruallah" Kataku dengan nada yang kuat .
Puas aku cari , tiba tiba tergerak hati nak cari dalam bilik tidur  aku . Aku dah lah baru nampak 'dia' dalam tu . sekarng nak pergi cari dalam bilik tu pulak. kalau aku tak pergi , takkan nak hadap cerita hantu ni pulak . Teringat yang aku masih ada wudhuk, aku capai Al Quran bersaiz kecil di rak depan dan membawanya bersama aku . sambil peluk Al Quran ,  mulut aku tak henti henti baca ayat kursi Sampai dekt depan pintu bilik , aku rasa macam ada benda bawah katil . macam yang korang tau , katil aku double decker , bawah katil aku tu cuma ada satu plastik hitam yang berisi baju baju lama aku . aku tenung betul betul . aku terkedu . aku nampak dia . jelas . mata yang merah. rambut hitam yang lebat . senyuman yang menyeramakn. kedudukan dia meniarap sambil mata terarah tepat ke mata aku . Aku terus terkedu terkaku .

Related image

 memang jadi ais dekt situ . lepas dah sedar , aku terus berlari menuju ke pintu untuk keluar . better aku duduk dekat tengah jalan daripada dalam rumah yang ada hantu .
Dok beria berlari , tiba tiba , rambut aku kena tarik . kuat sangat . aku rasa macam nak terkopek kulit kepala aku .
 " Nak pergi mana .Sinilah .Teman saya."
 "Allahu la ilaha illa Huwa, Al-Haiyul-Qaiyum . La ta'khuzhuhu sinatun wa la nawm,.." Ayat kursi aku baca dengan kuat sambil menahan sakit pada kulit kepala.

nak tau apa yang dia buat ? tekan link ni.



 Haaa lebih kurang macam tu lah dia ni mengilai . Cuma part yang tak tidur lagi tu tak ada lah . dia just mengilai . itu pun dah buat aku pengsan . serius lepas je aku dengar dia mengilai , pandangan aku jadi gelap tapi sempat pegang kepala . 
"DARAH"
Aku tersedar daripada pengsan pukul 3 pagi .  Aku  dapati aku sudah berasda dibilik tidur . teringat apa yang terjadi , aku terus bangun dan keluar daripada  bilik . Aku menuju ke ruang tamu . Ibu ayah dan adik beradik lain sedang tidur lena . tiba tiba aku terbau bau busuk sangat . aku tutup mata serapat rapatnya dengan keadaan aku masih berdiri . aku rasa kepala aku yang masih ada darah tu dijilat . lidah nya terasa kasar . 
"ARGHHHHH" 


Related image






No comments:

Post a Comment

PENUNGGU KOLEJ DI JOHOR BAHRU

      Asslammualaikum semua , peminat kisah mistik & seram. Setelah bertahun lamanya aku tak update cerita woi and sebernarnya dah lupa ...