Tuesday 15 December 2015



             Pengalaman yang tak mungkin akan aku lupakan. Kejadian yang menghantui hidup aku hingga kini . ceritanya begini..
  
                Hari ni family belah ayah aku balik kampung (means rumah nenek aku). aku pun balik jugak. aku pelik . tak ada angin tak ada ribut semua balik kampung. apehal? bila aku tanya ayah aku, ayah pun cakap tak tau. ayah kata, pak ude yang suruh semua balik.

                   sampai je tat umah nenek, diaorang semua dah siap macam nak gi kenduri kawin. yang perempuannya pakai baju kurung and bertudung litup. yang lelaki pkai baju melayu siap songkok. bertambah lah rasa pelik. then, aku masuk bilik mak ude aku. lagi bertmabah rasa pelik aku bila mak ude suruh aku cepit kuku dan cabut sehelai rambut aku then masukkan dalam satu botol yang penuh dengan kuku yang dah dicepit dan rambut. katanya, cousin aku yang lain dah buat. aku diam bab malas nak tanya.

                    lepas solat maghrib, pak ude suruh semua family aku duduk dalam bulatan dekat ruang tamu. depan kitaorng ada 40 biji jagung yang dialas dengan kain putih. tib-tiba dada aku rasa sakit sangat and tangan aku kebas. aku diamkan. aku pandang cousin-cousin aku silih brganti. semua muka macam rileks gile. muke dont no je. siap leh gelak-gelak. aduhaii ! aku sorng yang nervous ni dah kenapa..

                    Tiba-tiba aku dengar ada org bagi salam. bila dia masuk je rumah mata dia terus tikam mata aku tajam. seram siak time tu. kt tgn dia ada sebungkus limau nipis. dalam atie dia ni nak buat ritual amenda lak dengan limau bagai ni.

                      Dia perkenalkan diri sebgai pak andak (bkn nama sbnr). rupa-rupanya pak ude yg pnggil dia untuk ubtkan family aku. aku makin pelik. ade yang sakit tenat ke dalam family aku ni. aku tgk sihat walafiat je.
     
                         pastu, dia baca-baca sebagai permulaan. aku diam je. then dia suruh kitaorg baca suruh al massad smbil pegang satu biji jagung sampai lah jagung tu habis. then dia suruh ikat. da siap semua tu. tiba-tiba dia tanya " siapa yang pernah histeria. meh sini." aku terkedu. dalam family aku, cuma aku, ayah dan kakak sedara aku je yang pernah kena. then kakak sedara aku yng namanya ika (bkn nama sebenar) pergi kt tmpat pak andak. dia scan and dia kata "budak ni dah okey dah ni."

                      Pastu dia panggil aku and adik aku nombor 2. alamak haii.. ketar lutut beb! dia suruh adik aku baring then dia selimutkan dengan kain putih manakala aku , dia suruh ddk menghadap pintu. tiba-tiba, hati aku jadi sayu. macam nak menangis pun ada. tanpa aku sedar aku dah pun menangis. aku rasa kepala aku berat sangat. aku pun x sure kenpe aku nngis. pak andak pun cakap "benda ni dah lama pada badan budak ni. sebab tu dia rasa sedih nak tingglkn dia ni"

                       aku terkedu. 'benda'? saka? aku cuba nak cakap, tapi aku tak boleh. yang akuthu, aku tak berhenti menngis. then, aku dan adik aku bertukar tempat. aku pulk baring. pak andak masukkan muncung botol kaca jernih pada salah satu jari aku. "keluar. jgn gnggu keluarga ni lagi. kau dan dia tak boleh berkawan. kau itu jin." tutur pak andak . tanpa kau sedar, air mata aku makin lebat. dan jari aku yg dimasukkn dlm botol kaca tu bergerak-gerak. bila jari kau brgerak tu, aku dpt rase haba di hujung jari aku. macam arus elektrik yang mengalir.

                        "sekarang ni, awak tengah fikir tentang siapa?" tnya pak andak pada aku. dalam sekelip mata, imej mak cik aku terus wujud dalam kepala otak aku. "mak cik rahmah(bkn nama sbnr)" ujarku . pak andak terus memnggil makcik aku dan menekan belkng badannya. tiba-tiba, jari aku yang berada di muncung botol itu bergerak sangat laju. debar dlm atie x yah ckp la, mcm dipalu kompang. 

                              "Siapa lagi yang awk fikir sekarang ni?" tanya pak andak lagi pada aku. serta merta imej nenek aku timbul dibenak fikiran aku. "nenek". ujarku pendek bersam juraian air mata yang kau sendiri tak tahu kenapa dia mengalir sangt deras.

                                     Nenek pula yang baring dekat tempat aku. pak andak tu buat benda yang sama macam dia wat tat aku. tiba-tiba nenek aku muntah dn time tu jugak aku muntah. bkknye keluar nasi or makanann tapi air liur aku sendiri.! nenek muntah lagi, dan saat ni bukan aku je yang muntah, satu family aku muntah! terkejut aku.

                                    "Jin dalam badan awin ni saling berhubung dengan jin yang dlm bdn nenek. dua-dua tak nak tingglkn tubuh tuan dia. tak pa. kita ikhtiar dengan cuba buang jagung-jagung yang dah dibaca surah al massad dekat sungai." ujar Pak Andak.

                                    Sejurus itu, aku , ayah, ibu , adik perempuan ku dan nenek bergegas menuju ke sungai yang megalir yg berdekatn dgn rumah kami. sampai sahaja disana, nenek melontar bungkusan jagung dengan ikhtiar bnda itu turut pergi. then, my father iikuti my mom and adik pmpuan aku. tiba giliran aku. aku lontar sekuat hati. tiba-tiba hati aku jadi sayu. then aku terus pengsan dekat situ jugak!

No comments:

Post a Comment

PENUNGGU KOLEJ DI JOHOR BAHRU

      Asslammualaikum semua , peminat kisah mistik & seram. Setelah bertahun lamanya aku tak update cerita woi and sebernarnya dah lupa ...